Bekas juara remaja dunia 2011 itu akan membuat perhitungan dengan pemain India, Anand Pawar di pentas final, malam Ahad.
Terdahulu, pemain berusia 23 tahun itu yang turun sebagai pilihan pertama mara selepas mencatat kemenangan ke atas pemain tuan rumah, Ygor Coelho De Oliveira 21-18, 24-22 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama sejam 12 minit.
“Saya tidak mahu fikir mengenai permainan lawan saya di final (Pawar) kerana saya mahu lebih fokus terhadap persiapan diri sendiri.
“Saya akan buat yang terbaik untuk final kali ini,” kata Zulfadli, memetik laporan BH Online.
Sebagai rekod, Zulfadli yang dilatih bapanya sendiri, Zulkifli Sidek belum pernah menjuarai mana-mana kejohanan antarabangsa sejak beralih ke peringkat senior.
Pawar yang juga pilihan keempat mara ke final selepas menewaskan wakil Israel, Misha Zilberman 18-21, 21-14, 21-12.
Jika berjaya menjuarai Terbuka Brazil kali ini, Zulfadli bakal menyamai pencapaian juara dunia lima kali dan pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Lin Dan yang turut pernah menjuarai kejohanan berkenaan pada edisi tahun lalu.