Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan maut di depan tandas awam di Kuala Krai, Kelantan, dipercayai ditikam seorang wanita ketika melakukan hubungan seks.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata mangsa ditemukan pada Isnin di depan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai dengan kesan tikaman di bahagian perut.

Kataya, bagaimanapun tiada kesan darah ditemui di lokasi mayat ditemukan.“Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan luka di bahagian perut kesan tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

“Mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman,” katanya dalam kenyataan.

Veliau berkata, semakan mendapati lelaki itu, yang mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik, merupakan suspek dalam kes kurungan salah terhadap seorang perempuan bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Katanya, berdasarkan siasatan lelaki itu membawa lari seorang perempuan dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu, ke beberapa kawasan dalam daerah Kuala Krai.

“Mangsa kemudian ditikam sebanyak tiga (kali) di bahagian perut dengan menggunakan sebilah pisau oleh perempuan tersebut ketika melakukan hubungan seks.

“Mangsa dipercayai melarikan diri selepas perempuan berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya,” katanya.

Zaki berkata, susulan penemuan mayat lelaki tersebut, polis menahan seorang perempuan berusia 28 tahun serta merampas sebilah pisau pemotong sayur.Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles