Malaysia Tolak Tawaran Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Kementerian Belia dan Sukan berkata, keputusan tersebut diambil dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini, setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

“Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

“Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Delegasi CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah pada 5 Februari lalu.

Sesi berkenaan turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Hasil pertemuan itu, CGF menawarkan 100 juta pound (RM603 juta) bagi penganjuran namum jumlah tersebut dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan temasya sukan berskala besar. – MalaysiaGazette

Related Articles