Upacara pembukaan Euro 2016 meriah

Pada 13 November, tiga pengebom berani mati menghampiri stesen bawah tanah Saint-Denia di utara pinggir bandar Paris, diikuti dengan serangan berani mati dan tembakan di kafe, restoran dan tempat muzik di pusat bandar Paris yang mengakibatkan 13o orang terkorban.

Bagaimanapun, Paris menunjukkan mereka sudah melupakan detik hitam itu apabila upacara penuh warna warni menghiasi pembukaan Euro yang akan berlangsung selama sebulan.

Upacara itu berlatar belakangkan taman Perancis dengan karusel di tengah-tengah, dan penari menggayakan kostum yang dipakai penari kabaret Perancis dari dulu sehingga kini.

Ia menjadi semakin rancak apabila lagu berjudul Edith Piaf’s ‘La Vie en rose’ dimainkan sebelum DJ Perancis, David Guetta mengambil alih pentas dengan memainkan beberapa koleksi lagu popular termasuk The Black Eyed Peas’ ‘I Gotta Feeling,’ dan ‘Play Hard,’ menampilkan artis Amerika Syarikat, Ne-Yo dan Akon, serta ‘Titanium’ oleh penyanyi Australia, Sia.

Guetta kemudiannya membawa penyanyi yang juga penulis lirik berusia 18 tahun dari Sweden, Zara Larsson untuk membuat persembahan lagu mereka ‘This One’s For You’ – lagu rasmi Euro 2016. Muzik ini diikuti dengan pelancaran gergasi Menara Eiffel di tengah-tengah bulatan, dan kapal terbang Patrouille de France terbang dengan mengeluarkan asap berwarna biru, putih dan merah sebagai simbolik warna Perancis. – Agensi

Related Articles