Keputusan itu menyaksikan pemenang pingat perak acara itu di Sukan Komanwel Glasgow 2014 gagal meloloskan diri ke separuh akhir.
Tze Liang, 23, yang juga pernah memenangi emas dalam acara 3 meter papan anjal di Glasgow 2014 hanya mengumpul 379.50 mata daripada enam terjunan.
Selepas bermula cemerlang dengan mengumpul 68.80 mata pada terjunan pertama, kedua (76.80) dan ketiga (64.50), pemenang empat emas Sukan SEA Singapura 2015 itu gagal mengekalkan rentak selepas itu.
Dia hanya memperoleh 46.20 mata pada terjunan keempat, kelima (54.40) dan bangkit pada terjunan terakhir (68.80) tetapi sudah terlewat untuk berada dalam kelompok 18 terbaik.
Kegagalan itu menyaksikan sukan terjun membawa pulang satu perak yang dimenangi Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama.
Pencapaian itu bagaimanapun mengatasi London 2012 apabila skuad terjun meraih satu gangsa menerusi Pandelela. – BH Online