TMJ serah pendrive pada KJ

Beliau menyerahkan pendrive berkenaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika menerima kunjungan menteri itu di Istana Bukit Pelangi, Johor Baharu.

Perkara berkenaan dinyatakan melalui status yang dimuatnaik di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail menyerahkan pendrive berkenaan kepada Khairy dengan alasan untuk tidak lagi mempunyai sebarang perkaitan masalah dengan FAM dan berhasrat untuk memberi tumpuan penuh kepada kelab bolas sepak miliknya, Johor Darul Takzim (JDT).

Sepanjang kunjungan tersebut, kedua-dua mereka turut membincangkan isu-isu semasa melibatkan sukan bola sepak dan juga program-program pembangunan belia.

Related Articles