TMJ lebih minat beli perdana menteri dari pengadil

Melalui kenyataan disiarkan di laman Facebook  rasmi Johor Southern Tigers, baginda menyifatkan hanya mereka berfikiran sempit sahaja akan terus mengeluarkan komen bersifat tidak membangunkan bolasepak tanahair.

Menurut baginda, beliau selalu berfikiran luas terhadap dakwaaan bahawa JDT membeli pengadil melalui wang yang dimiliki untuk menang.

“Berbanding membeli pengadil, saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan menjadi Perdana Menteri,” katanya, dipetik laman sosial tersebut.

Melalui jawapan yang sinis, Baginda juga menafikan bahawa pasukan JDT adalah pasukan terkaya.

“Terengganu, Pahang , Selangor  dan Felda yang juga pasukan Kerajaan Persekutuan adalah pasukan terkaya.

“Mereka ( Kerajaan Persekutuan) perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan terkaya,”kata baginda.

Tambahnya pasukan JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar.

Baginda juga menjawab mengenai kritikan bahawa baginda suka menunjuk- nunjuk harta.

“Perbezaan mentaliti antara saya dan individu yang berfikiran sempit adalah  saya risau dan kasihan anda perlu membayar cukai GST tetapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta.

“Tahniah! anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka kerana anda buta,”kata TMJ yang dipetik melalui laman Facebook  rasmi Johor Southern Tigers

Related Articles