TMJ kecewa kenyataan diputar belit

Sebaliknya pemilik JDT menafikan laporan media yang memetik kononnya baginda mendakwa sedemikian.

Tunku Ismail menjelaskan kenyataan beliau sebenarnya merujuk kepada populariti Harimau Selatan yang semakin dikenali di peringkat global.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membetulkan beberapa kenyataan tidak bertanggungjawab yang telah dibuat oleh ESPN, melaporkan bahawa saya telah menyebut JDT adalah pasukan yang lebih besar daripada Selangor.

“Yang saya katakan adalah JDT lebih popular di peringkat global dalam tahun-tahun kebelakangan ini kalau dibandingkan dengan Selangor dan pasukan lain yang telah memenangi lebih (banyak) piala.

“Tetapi dari segi kejayaan, Selangor, Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan adalah lebih berjaya. JDT hanyalah sebuah kelab muda yang mempunyai cita-cita besar. Itu sahaja.

“Oleh itu, jangan memutar belitkan kata-kata saya. Kepada mereka yang tidak selesa dengan JDT, teruskanlah kehidupan anda dan izinkan saya meneruskan sambutan kemenangan dengan keluarga JDT saya,” kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, semalam. 

Related Articles