TMJ ceriakan Acan, JDT tanggung kos rawatan

Ternyata kehadiran Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) dikediamannya di Muar berjaya menceriakan Acan.

Pesakit jantung berlubang kronik itu begitu mengagumi TMJ khususnya dalam pembangunan bola sepak dan Acan adalah salah seorang peminat setia JDT.

Sebelum ini Acan dilaporkan media teringin untuk bertemu arkitek pembangunan bola sepak Johor itu dan hari ini Tunku Ismail menyempurnakan hasrat anak kecil itu.

Tunku Ismail yang mempunyai program rasmi di Johor Bahru berangkat ke Muar selepas selesai acara dihadiri baginda.

Pada pertemuan yang menyentuh emosi itu, Acan turut menerima jersi JDT yang tertera nama ‘ACAN 01’ daripada baginda.

Pastinya kehadiran baginda menjadi satu episod istimewa buat Acan dalam perjuangannya melawan penyakit yang dihidapinya itu.

Lebih bermakna lagi, sewaktu perjumpaan tersebut, Acan turut dimaklumkan supaya menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) atau dimana-mana saja.

Segala kos perubatan akan dibiayai sepenuhnya oleh JDT.

Related Articles