TMJ bakal tinggalkan JDT

Menurutnya, keputusan itu mungkin akan dibuat mengikut perkembangan semasa pasukan selatan tanah air tersebut selepas berakhir saingan liga pada musim ini.

Beliau turut menyatakan hasratnya untuk melihat kemajuan dan perkembangan JDT meskipun tanpa kelibat dirinya di tampuk pentadbiran kelab bola sepak tersebut.

“Sememangnya kehilangan saya dalam kelab ini memang ditunggu-tunggu oleh beberapa pihak yang kurang senang dengan pencapaian yang diraih pasukan sejak tahun 2013 yang lalu.

“Jadi sekiranya saya berehat sebentar, saya mahu lihat kemajuan dan perkembangan kelab sentiasa berjalan kerana semua perancangan telah diatur dan dirangka,” katanya.

Beliau berkata, selain daripada mahu merehatkan minda daripada pasukan, Tunku Ismail turut meluahkan kekecewaannya berikutan kehadiran penyokong yang semakin berkurangan sejak kebelakangan ini. – Sinar Harian

Related Articles