The Pocket Rocket Man genggam pingat kedua untuk Malaysia

Kejayaan itu harus bermakna buat pelumba berusia 28 tahun yang digelar The Pocket Rocket Man itu selepas gagal dalam dua percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.

Gangsa yang dimenangi pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu juga adalah pingat kedua yang diraih kontinjen negara selepas penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon memenangi perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Perlumbaan yang dua kali dibatalkan selepas pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek itu dimenangi Jason Kenny dari Britain yang juga pingat emas keduanya selepas memenangi acara pecut.

Tempat kedua pula diraih pelumba Belanda, Matthijs Buchli. -BH Online

Related Articles