Tempat keempat, Siti Noor Iasah gembira dalam duka

Namun catatan masa 58.55 saat (s) dilakukannya sudah cukup untuk mencipta rekod baharu Sukan Para Asia, yang dilakukannya sendiri di Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan pada tahun 2014 iaitu 1:01.33s.

“Saya tak jangka dapat buat 58.55s. Saya pun tak tahu sama ada atau tidak pelapis yang mampu mengatasi masa saya itu.

“Kalau ada, dia memang yang terbaik tapi harap-harap rekod saya tak ada yang boleh pecahkan,” kata Siti Noor Iasah.

Pingat emas acara itu dimenangi Breanna Clark dari Amerika Syarikat dengan catatan 57.79s, manakala perak diraih Natalia Iezlovetska (Ukraine), 58.48s.

Tempat ketiga diraih Barbara Niewiedzial dari Poland dengan catatan 58.51s.

Bagaimanapun, penamat pelari Poland itu mencetuskan kontroversi apabila beliau merebahkan badannya di garisan penamat. Malaysia membuat bantahan ke atas tindakan berkenaan, namun ditolak penganjur yang mengekalkan gangsa kepada Niewiedzial. – Berita Harian

Related Articles