Tarik diri Piala AFF, KJ tungu keputusan kabinet

Namun bagaimanapun, keputusan mengenai perkara tersebut hanya akan diputuskan dalam mesyuarat menteri-menteri kabinet.

“Sebelum ini saya telah bangkitkan isu ini di kabinet dan sekali lagi akan berbuat demikian minggu ini.

“Segala keputusan bergantung kepada kabinet,” katanya di laman sosial Twitter beliau.

Sebelum ini, Naib Yang Dipertua Pas Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menyatakan gesaan terhadap pasukan kebangsaan agar menarik diri sebagai solidariti membantah kekejaman rejim junta tentera terhadap umat Islam di Myanmar.

Gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.

Kedua-dua pihak itu juga berharap kerajaan memandang serius kezaliman kerajaan Myanmar terhadap penduduk Islam di negara itu.

Pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar Ahad lalu, Malaysia menang 3-2 ke atas Kemboja.

Skuad Harimau Malaysia akan turun menentang pasukan Vietnam hari ini, sebelum menentang Myanmar, Sabtu ini.

Related Articles