Sumbangan FC Bari 1908 untuk negara masih kabur, kata KJ

Khairy bagaimanapun berkata, untuk tahun-tahun mendatang, beliau percaya pasukan luar yang dimiliki oleh rakyat negara ini boleh mewujudkan kerjasama dengan kelab-kelab tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara.

“Saya tak pasti bagaimana pembelian kelab FC Bari 1908 akan membantu kepada pembangunan bola sepak negara. Mungkin masih di peringkat awal.

“Tapi sekiranya untuk tahun-tahun akan datang pasukan yang dimiliki rakyat Malaysia boleh ada hubungan dan kerjasama sama dengan kelab-kelab yang ada di negara ini sama ada dalam bentuk penghantaran pemain atau dalam bentuk pembangunan jurulatih,” katanya di Putrajaya, pada Selasa.

“Saya rasa mungkin ia boleh meyumbang kepada pembangunan bola sepak negara,” katanya.

Noordin sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila beliau membeli 50 peratus pegangan saham dalam kelab tersebut.

Related Articles