22
Kelewatan berkenaan adalah disebabkan beberapa perubahan yang dilakukan atas arahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Baginda mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik.
“Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana baginda mahukan stadium baru itu nanti menjadi stadium yang terbaik di negara ini,” memetik kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Souther Tigers.
Dalam perkembangan yang sama, TMJ juga meminta untuk kontraktor tidak tergesa-gesa dalam menyiapkan stadium berkenaan ekoran beliau mahukan hasil yang terbaik untuk stadium baru tersebut.