Sharapova digantung dua tahun

Perkara itu diumumkan pada Rabu, tetapi dia boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Juara lima kali Grand Slam itu sudah digantung sementara oleh ITF pada awal Mac lalu, apabila dia mengumumkan pada sidang akhbar di Los Angeles berkenaan kegagalannya dalam ujian doping pada Januari.

Sharapova kemudian berkata dia tidak sedar bahawa Agensi Anti-Doping Dunia menghalang atlet daripada menggunakan meldonium, juga dikenali sebagai Mildronate, pada 1 Januari.

Peguamnya, John Haggerty, berkata Sharapova mengambil bahan itu selepas tarikh berkenaan.

Sharapova berkata, dia kali pertama disaran mengambil ubat buatan Latvia itu yang biasa digunakan untuk keadaan jantung, atas sebab perubatan pada tahun 2006. – AP

Related Articles