Selangkah ke semi final, doakan Chong Wei

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan A sebelum ini, beliau berjaya menduduki carta teratas dan mendapat bye pada pusingan pertama (16 pemain) lantas melayakkannya melangkah ke pusingan suku akhir.

Sekiranya berjaya memenangi pusingan suku akhir ini, pemenang pingat perak di Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012 itu dijadualkan bakal bertemu dengan seterunya dari China, Li Dan di peringkat separuh akhir Jumaat ini.

Selain Chong Wei, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Yiu Ling turut dijadualkan akan turun menentang pasangan nombor tiga dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam penentuan pingat emas pada jam 11.30 malam Rabu.

Peng Soon-Liu Ying dalam misi untuk membalas dendam selepas mereka ditewaskan pasangan Indonesia itu dengan mata 21-15, 21-11 dalam aksi Kumpulan C, Sabtu lepas.

Peng Soon- Liu Ling berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menewaskan pasangan China, Chen Xu-Ma Jin 21-12, 21-19 di peringkat separuh akhir.

Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut mencipta kejutan apabila berjaya melangkah ke pusingan akhir bagi merebut pingat emas selepas menundukkan pasangan daripada China, Chai Biao dan Hong Wei menerusi perlawanan tiga set, 21-18, 12-21 dan 21-17.

Dengan kemenangan itu, V Shem-Wee Kiong dijadualkan bertemu pasangan daripada China, Zhang Nan dan Fu Haifeng dalam perlawanan akhir pada Jumaat ini.

Dalam pada itu, nasib malang menimpa atlet badminton perseorangan negara, Tee Jing Yi apabila terpaksa menamatkan cabaran di temasya Olimpik Rio selepas tumpas kepada pemain Jepun, Akane Yamaguichi 21-18, 21-5 dalam perlawanan Kumpulan K. – Sinar Harian

Related Articles