Selamat Tinggal Ah Hwa …

Lebih mesra dengan panggilan Ah Wa, beliau dilahirkan lahir pada 22 Mei 1968 meninggal dunia ketika berusia 48 tahun sentiasa akan hadir menonton perlawanan bola sepak dan hoki di Ipoh ataupun dimana-mana sahaja yang melibatkan pasukan Perak dan Malaysia walau dengan apa jua caranya.

Rasa cinta yang mendalam pada sukan juga telah mendapat perhatian apabila beliau turut diraikan dengan anugerah “Lagenda Penyokong Perak” pada Anugerah Sukan Untuk Semua peringkat negeri Perak 2015.

Pemergiaan Ah Wa pasti akan dirasai para pemain serta peminat sukan di Perak umumnya dek kerana sifat ramah mendiang dan juga sangat mudah untuk didekati oleh sesiapa sahaja.

“Mendiang menyokong skuad kebangsaan sewaktu saya beraksi sekitar 70-an dan mula mengenalinya sewaktu Pestabola Merdeka”, kata bekas ketua jurulatih Perak tahun 2014, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Lagenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi yang begitu akrab dengan mendiang turut melahirkan kesedihan beliau diatas berita pemergian Ah Wa di ruangan komen Facebook Arena Seladang.

“Seorang penyokong setia buat sukan hoki dan bolasepak. Mengenali mendiang sejak saya mewakili negara lagi sekitar tahun 2000. Saya dan ramai lagi pasti merindui kelibat mendiang di stadium hoki dan bolasepak. Semoga bersemadi dengan aman Ah Wa,” kata Mirnawan.

Semangat dan kegigihan mendiang dalam menyokong pasukan yang dicintai begitu dikagumi dan diharapkan semangat seperti yang ditunjukkan mendiang dapat menjadi ikutan semua.

Selamat tinggal Ah Wa — Arena Seladang.com

Related Articles