Portugal seri dengan Iceland

Pemain tengah Fenerbahce, Nani terlebih dahulu meletakkan Portugal di hadapan selepas memanfaatkan hantaran rakan sepasukan, Andre Gomes pada minit ke-31, sekali gus mencipta jaringan ke-600 skuad itu sepanjang beraksi di pentas Euro.

Bagaimanapun, Iceland yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan besar dan merupakan negara paling kecil dari segi populasi yang pernah bersaing dalam kejohanan itu menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah Basel, Birkir Bjarnason pada minit ke-50.

Keputusan tersebut seakan memberi makna besar buat penyokong Iceland yang hadir di stadium tersebut dengan memberi sorakan gemuruh sejurus tamat perlawanan.

Negara pulau itu yang terletak di Atlantik Utara dan hanya memiliki 333,000 penduduk, turut melakukan beberapa gerakan merbahaya sehingga mencemaskan bahagian benteng pertahanan Portugal.

Selepas ini, skuad yang dibimbing oleh Lars Lagerback ini dijadualkan bertemu Hungary pada Ahad ini, pukul 12 pagi waktu Malaysia, manakala Portugal yang dibimbing Fernando Santos bakal berdepan Austria juga pada hari yang sama pukul 3 pagi.

Related Articles