Kekalahan terbaharu Jerman itu menyaksikan skuad kendalian Joachim Loew mencatat kekalahan keempat dalam enam perlawanan terakhir.
Dalam perlawanan itu, penyerang Jerman, Mario Gomez membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti sebelum Marek Hamsik, Michal Duris dan Juraj Kucka meleburkan ego Jerman di arena sendiri.
“Saya berpuas hati dengan bahagian serangan tetapi tetap mengakui kami mempunyai masalah di bahagian pertahanan,” kata Loew
Dalam perlawanan lain, Juara Euro 2012, Sepanyol melaungkan amaran mahu mempertahankan kejuaraan tersebut apabila mudah menundukkan Bosnia 3-1, awal pagi semalam.
Penyerang Celta Vigo, Nolito menyumbang dua gol untuk skuad Vicente del Bosque sebelum Pedro melengkapkan kemenangan bergaya Sepanyol pada minit akhir perlawanan.