Pelantar utama acara pelayaran Olimpik runtuh

Tiada yang cedera kata penganjur dalam kejadian yang meningkatkan persoalan mengenai kualiti binaan di bandar raya yang menganjurkan Olimpik itu.

Philip Wilkinson, jurucakap jawatankuasa penganjur Rio 2016, menyalahkan ombak besar dan ribut kuat.

Struktur yang runtuh itu adalah binaan sementara, menjadi laluan utama untuk bot ke laut.

Wilkinson juga berkata syarikat pembinaan bertanggungjawab terhadap projek itu dijangka akan membaikinya dalam tempoh empat hari.

Saingan acara pelayaran akan bermula 8 Ogos.

Latihan tidak akan terganggu kerana bot boleh menggunakan pelantar kekal bersebelahan yang runtuh itu, kata jurucakap Rio 2016.

Persekutuan Pelayaran Dunia berkata dalam kenyataannya bahawa mereka akan melihat secara dekat usaha untuk memperbaikinya. – AP

Related Articles