Turut layak seorang lagi wakil negara, Nur Dhabitah Sabri yang menamatkan saingan di tangga kelapan.
Pandelela yang juga pemenang gangsa dalam acara itu di London 2012 mengumpul 332.45 mata dalam lima terjunan.
Dhabitah yang terlepas pingat dalam acara 3 meter papan anjal seirama bersama Cheong Jun Hoon pula menduduki tempat kelapan selepas menghimpun 325.85 mata.
Juara dunia 2013 dan pemenang emas Sukan Asia 2014, Si Yajie dari China seperti diramal menguasai pusingan itu dengan mengumpul 397.45 mata, diikuti rakan sepasukan, Ren Qian (385.80) dan Jessica Paratto dari Amerika Syarikat (346.80).
Hanya 18 daripada 28 penerjun layak ke separuh akhir yang berlangsung jam 9 malam ini untuk memilih 12 terbaik yang akan berentap pada final yang dijadualkan pagi esok. –BH Online