15
Pemenang emas Sukan Komanwel 2014 itu berjaya memecah rekod kebangsaan untuk angkatan keseluruhan selepas mengangkat bebanan berjumlah 316 kg berbanding rekod lama 313 kg yang dilakukannya pada Kejohanan Dunia di Perancis 2011.
Badang kelahiran Terengganu itu mengangkat 140 kg dalam acara snatch dan 176 kg untuk clean & jerk.
Bagaimanapun, dia sekadar menamatkan saingan di tangga ke-13 daripada 21 peserta.
Pingat emas acara itu dimenangi atlet China, Shi Zhiyong yang mengangkat bebanan 352kg, Daniyar Ismayilov dari Turki kedua (351) dan atlet Kyrgyzstan Izzat Artykov ketiga (339).-BH Online