Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim yang mengesahkan perkara itu berkata, Nauraj kini berkongsi kedudukan tersebut bersama tiga lagi atlet lain iaitu Talles Frederico Silva dari Brazil, Wang Yu dari China, D J Smith dari Amerika Syarikat.
Kedudukan pertama di ranking dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), yang dibuat berdasarkan catatan terbaik sepanjang musim 2016, adalah milik Jamal Wilson dari Bahrain yang mencatat ketinggian 2.30m.
“Kejayaan Nauraj telah mengharumkan negara dan perlu dicontohi semua atlet olahraga negara.
“Selepas ini tiada lagi tiket wild card untuk lelaki negara ke Rio, atlet wanita masih ada peluang untuk layak ke Sukan Olimpik menerusi tiket wild card,” katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Nauraj, 24, layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini secara merit selepas mencatatkan 2.29 meter pada kejohanan di Singapura itu, sekali gus menyamai had kelayakan ke Sukan Olimpik.
Selain memenangi pingat emas, kejayaan Nauraj turut memperbaharui rekod kebangsaan 2.27 meter yang dipegang Lee Hup Wei sejak 2008.
Sebelum ini, catatan peribadi terbaiknya adalah pada 2.25 meter ketika menyertai Canberra Track Classic dua bulan lepas. – Bernama