19
Beregu utama Malaysia itu menewaskan lawan dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-14, 21-19 untuk merangkul kejuaraan tersebut buat julung kalinya.
“V Shem-Wee Kiong adalah juara Siri Dunia di Dubai. Rakyat Malaysia berbangga dengan anda. Tahniah dan syabas,” kata perdana menteri menerusi akaun Twitternya.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mencatat keputusan cemerlang pada kejohanan bertaraf Siri Super Premier apabila buat kali pertama muncul juara Terbuka Denmark pada Oktober.
Sejak digandingkan pada 2014, V Shem-Wee Kiong turut menjuarai Grand Prix Emas Terbuka India dan Terbuka Amerika Syarikat, awal tahun ini. – Bernama