15
Perdana menteri tertarik dengan pencapaian Chong Wei memandangkan ia merupakan kemenangan kali keenamnya.
“Tahniah kerana menang gelaran keenam Terbuka Jepun @LeeChongWei. Ia memang rekod yang begitu menarik!,” kata Najib menerusi akaun Twitternya @NajibRazak.
Chong Wei semalam meraih kemenangan keenam kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun selepas berhempas pulas untuk meraih kemenangan ke atas pemain Denmark Jan O Jorgensen.
Kemenangan itu diperoleh selepas beliau baru sahaja meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio bulan lepas.
Beliau merupakan juara Terbuka Jepun pada 2014, 2013, 2012, 2010 dan 2007. – Bernama