Mourinho tandatangani pra kontrak dengan United

Pengurus United, Louis Van Gaal kini berdepan dengan tekanan besar dari peminat kelab berkenaan pada musim ini selepas pasukan The Red Devil tersingkir dalam kancah Liga Juara-juara dan Liga Europa.

Kempen Liga Perdana Inggeris pasukan berkenaan pada musim ini juga berdepan tugas sukar memandangkan skuad berkenaan hanya mencatatkan lima kemenangan dalam 16 perlawanan terakhir mereka (31 peratus nisbah kemenangan).

Menurut sebuah syarikat penerbitan terkemuka di Sepanyol, El Pais, tempoh perkhidmatan pengurus kelahiran Belanda itu bakal berakhir pada musim panas ini memandangkan Mourinho telah bersetuju dengan perjanjian untuk mengambil alih tugas di Old Trafford.

Selain daripada itu, terdapat juga laporan yang memaklumkan bahawa Mourinho berhak untuk menerima pampasan sebanyak RM29.31 (£5 juta) sekiranya dia masih tidak menerima kontrak penuh menjelang 1 Mei ini.

Difahamkan, beberapa anggota berpengaruh dalam United termasuk Bobby Charlton dan bekas pengurus, Alex Ferguson masih ragu-ragu untuk memberikan tugas pengendali kepada Mourinho di Old Trafford. – Squawka

Related Articles