Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakara berkata, kabinet telah memutuskan perkara berkenaan melalui mesyuarat yang berlangsung hari ini.
Tambahnya, kabinet bersependapat untuk menggunakan cara lain bagi memprotes isu penindasan Myanmar terhadap etnik Rohingya.
Sebelum ini, terdapat desakan yang meminta Harimau Malaysia menarik diri dari menyertai perlawanan tersebut sebagai tanda protes terhadap penindasan Myanmar kepada etnik Rohingya di negara berkenaan.
Pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar Ahad lalu, Malaysia menang 3-2 ke atas Kemboja.
Sebelum ini, laporan media antarabangsa melaporkan beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang didakwa dilakukan pasukan keselamatan Myanmar.