VIDEO: Lebih 1,000 sambut wira paralimpik negara di KLIA

Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Turut kelihatan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Kumpulan atlet Paralimpik yang mencapai kejayaan memberangsangkan dalam kejohanan di Rio de Janeiro, Brazil akan diarak secara konvoi mengelilingi Kuala Lumpur.

Selepas sambutan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada Khamis ini, mereka akan dibawa ke di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dari tempat itu, atlet negara akan dibawa dengan bas tidak berbumbung ke KLCC melalui Jalan Ampang, seterusnya berhenti seketika di pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas sebelum menuju ke Pavilion melalui Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan.

Atlet-atlet akan berhenti sekali lagi di pancutan air berhadapan pintu utama Pavilion di Jalan Bukit Bintang, sebelum bergerak ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, di mana konvoi berakhir.

 https://www.youtube.com/watch?v=4894PhIaqPA

Related Articles