KJ kunci mulut soal ‘pendrive’

Khairy yang ditemui pemberita pada program Fit Selangor di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting pada Sabtu mengelak daripada menjawab soalan wartawan mengenai perkara tersebut.

Semalam, dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan bahawa pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah menyerahkan ‘pendrive’ yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak (FAM) kepada Khairy ketika menerima kunjungan menteri itu di Istana Bukit Pelangi, Johor Baharu.

Menurut laman Facebook itu, Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.

Related Articles