Khalid nafi Malaysia hub mengatur perlawanan sukan

“Saya ingin tegaskan bahawa pihak polis tidak menerima maklumat mengenai dakwaan itu, sama ada daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) atau mana-mana sumber lain.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga merupakan Ahli Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menangani rasuah dan mengatur perlawanan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Khalid berkata, polis mengambil langkah proaktif untuk mengekalkan integriti dalam sukan dan akan terus berbuat demikian pada masa akan datang.

Tambahnya, polis juga mengalu-alukan sebarang maklumat yang menunjukkan bukti bahawa industri sukan di negara telah tercemar, namun menegaskan bahawa maklumat itu mestilah boleh dipercayai dan disokong oleh bukti yang nyata, memetik Utusan Online.

Related Articles