Khairy yakin TMJ akan diberi peranan bantu FAM

by SM Amin

Malah kata Khairy, beliau berharap semua pihak juga memain peranan bersama-sama membantu FAM selepas selesai pemilihan pengurusan badan induk sukan bola sepak itu.

“Saya harap semua pihak akan dapat membantu FAM terutamanya dalam penggal yang baru akan datang.

“Saya percaya dan yakin barisan kepimpinan yang baru boleh mengambil kira hasrat TMJ dan cuba mencari peranan untuk Tuanku membantu FAM,” katanya dalam sidang media di PWTC di sini.

Mengulas mengenai cadangan TMJ untuk mencalonkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat sebagai Presiden FAM, Khairy berkata sesiapa sahaja boleh bertanding kerana FAM mengamalkan demokrasi.

“Terpulang kepada badan bergabung dan FAM untuk buat keputusan dalam pilihan datang.

“FAM adalah satu badan sukan yang mengamalkan demokrasi dan sesiapa sahaja yang ingin bertanding mestilah mendapat sokongan daripada ahli-ahli gabungan,” ujarnya.

Related Articles