KAFA dikatakan masih gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain itu selama tiga bulan berjumlah AS$55,000 (RM224,000) selepas semusim di Kelantan pada 2015.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui tidak terkejut dengan keputusan bekas penyerang Kelantan itu.
Bagi Khairy ia adalah hak Carrillo yang kini menyarung jersi kelab Colombia, Real Cartagena dan berharap KAFA mencari jalan terbaik bagi menyelesaikannya.
“Pemain-pemain ada pilihan untuk bawa kes ini kepada FIFA dan inilah yang akan jadi sekiranya pasukan liga tempatan tidak menyelesaikan masalah tunggakan gaji.
“Pada pendapat saya beliau hanya mengikut saluran yang ada dan saya berharap KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) mampu menyelesaikan tunggakan gaji itu secepat mungkin,” katanya.
Beliau mengulas demikian selepas merasmikan program Kesedaran Dyslexia Menerusi Sukaneka di Padang Kilat, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sebelum ini seorang lagi bekas pemain import Kelantan, Austin Amutu turut membangkitkan perkara sama apabila bekas majikannya itu gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Mohd Noor dalam kenyataan balasnya meminta Amutu memeriksa aku bank miliknya kerana KAFA sudah mula membuat bayaran tunggakan gaji pemainnya secara berperingkat.
KAFA juga turut membuat pembayaran gaji yang tertunggak kepada bekas pemainnya yang lain minggu lepas termasuk, Ahmad Fakri Shaarani, Amar Rohidan, Fitri Omar dan Amir Riduan Taj.