Kami bagaikan bermimpi, kata beregu kedua tempah pingat, Peng Soon, Liu Ying

Beregu negara itu menewaskan pasangan keenam terbaik dunia dari China, Ma Jin-Xu Chen 21-12, 21-19 dalam perlawanan separuh akhir di Riocentro pagi Selasa.

Sementara itu, beregu berkenaan turut menyatakan mereka seperti bermimpi apabila membuat kejutan melangkah ke perlawanan akhir pada Rabu ini.

“Seperti tak percaya, apapun kita sudah capai kejayaan, kami sangat gembira,” kata Peng Soon.

Liu Ying pula berkata, mereka berjaya memanfaatkan tekanan yang dihadapi pasangan China, Ma Jin-Xu Chen untuk melakar kejayaan.

“Mereka lebih tertekan kerana berstatus pemenang pingat perak di Olimpik London 2012,” katanya.

Beregu campuran Malaysia itu akan bertemu dengan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam perlawanan akhir nanti. – Utusan Malaysia

 

Related Articles