Jun Hoong tersekat, Wendy Ng mara

Bagaimanapun, seorang lagi penerjun negara, Wendy Ng bernasib baik melepasi pusingan itu untuk mara ke separuh akhir.

Jun Hoong yang memenangi perak bersama Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama Selasa lalu, menduduki tangga ke-21 selepas mengumpul 282.25 mata daripada lima terjunan.

Wendy yang beraksi kali kedua dalam acara itu selepas di London 2012 pula mengumpul 299.05 mata untuk menduduki tempat ke-17 daripada 29 penerjun yang bertanding.

Berdasarkan format pertandingan, hanya 18 penerjun terbaik pada pusingan kelayakan itu mara ke separuh akhir esok, dan daripada jumlah itu 12 penerjun terbaik pula layak bertanding di final, Isnin ini. – BH Online

Related Articles