Selain seunit pangsapuri Casa Kayangan @Meru yang terletak di Meru Raya, kerajaan negeri turut memberikan insentif bernilai RM15,000.
Perkara itu dinyatakan Exco Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang berkata insentif berkenaan merupakan penghargaan kerajaan negeri selain memberi inspirasi kepada Jun Hoong untuk beraksi ke peringkat lebih tinggi.
“Jun Hoong juga akan menjadi ikon kepada bakal atlet-atlet negeri ini untuk mencapai kejayaan dalam sukan yang diceburi,” katanya pada Jumaat.
Sementara itu, Jun Hoong yang bergandingan dengan Pandelela Rinong ketika memenangi pingat berkenaan berkata hadiah yang diberikan dianggap sebangai penghargaan terhadap kerja kerasnya selain motivasi untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.
“Ia hadiah sangat istimewa dan satu motivasi kepada saya untuk buat yang terbaik untuk masa hadapan sama ada dalam sukan atau pengajian.
“Dedikasi, disiplin dan komitmen adalah resipi terbaik untuk mencapai kejayaan setelah 17 tahun menceburi bidang ini,” katanya.