Mario sebaliknya berkata, walaupun beliau melihat Rizal seorang sebagai seorang pemain yang bagus, pihaknya berpuas hati dengan barisan pertahanan JDT setakat ini.
“Baru-baru ini telah tersebar khabar angin mengenai JDT berminat dengan pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali. Beliau seorang pemain yang bagus tetapi tiada dalam perancangan JDT.
“Kami masih kekal dengan barisan pertahanan yang sedia ada dimana saya rasa ini adalah barisan terbaik yang pernah saya miliki selama ini,” katanya, memetik laman Facebook Johor Southern Tiger, pada Khamis.
Mario turut melahirkan penghargaan kepada pemain-pemain kelab itu yang masih setia bersama JDT.
“Saya amat berbesar hati kerana mereka masih mahu beraksi bersama kelab JDT.
“Janganlah mengadakan khabar angin, membuat publisiti murahan untuk melariskan akhbar anda,” katanya.