Gomez jurulatih terbaik bulan Mac

Pemilihan tersebut dilakukan oleh Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), umum JDT dalam Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, pada Isnin.

“Ucapan Tahniah kepada Mario Gomez, Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang telah diiktiraf selaku Jurulatih Terbaik Bulanan Liga Super untuk bulan Mac 2016 oleh Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia.

Anugerah itu juga difahamkan akan disampaikan sebelum berlangsungnya perlawanan Liga Super di antara JDT dan Sarawak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Rabu ini.

“Anugerah tersebut akan disampaikan sebelum berlangsungnya perlawanan antara JDT dan Sarawak pada 20hb April 2016 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan di laman Facebook tersebut.

Related Articles