Fenerbahce intai seorang lagi bintang Red Devil

Kecederaan dan isu kecergasan merupakan halangan terbesar buat kapten pasukan kebangsaan Jerman tersebut menyumbang kepada pasukan dalam musim pertamanya bersama United.

Namun begitu, Goal melaporkan bahawa Fenerbahce bersedia untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 31 tahun tersebut.

Pemain tengah tersebut ditandatangani oleh pengurus United Louis Van Gaal pada awal musim ini.

Ketibaan Schweinsteiger dari Bayern Munich, yang pernah bermain dibawah kendalian Van Gaal di kelab Jerman tersebut dari 2009 hingga 2011 disambut baik peminat yang mengharapkan pemain veteran tersebut mampu menyumbang kepada pasukan gergasi yang seakan hilang arah sejak persaraan Alex Ferguson.

Beliau kini sedang mengalami kecederaan lutut yang dialaminya dalam kem latihan pasukan Jerman untuk perlawanan antarabangsa dan berkemungkinan besar tidak akan menyarung jersi United lagi hingga tamat musim ini.

United, yang menduduki tangga keenam ketika ini bakal menerima kunjungan Everton dalam perlawanan pusingan ke 31 Liga Perdana Inggeris yang dijadualkan berlansung esok jam 11 malam waktu Malaysia.

Dijangkakan Fenerbahce boleh mendapatkan khidmat Schweinsteiger dengan harga €7 milion.

Jika berpindah, Schweinsteiger bakal menjadi pemain ketiga kebelakangan ini yang berpindah dari United ke Fenerbahce selepas Luis Nani dan juga Robin van Persie.

Related Articles