14
Empat atlet berkenaan adalah dua peserta bagi acara memanah dan manakalah dua lagi masing-masing dari sukan tinju dan angkat berat.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam sidang media khas petang Isnin.
“Keputusan diperolehi selepas Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) menjalani ujian tersebut sebaik tamat Sukma.
“Bagaimanapun kita tidak boleh mendedahkan nama atlet-atlet terbabit sehingga surat rasmi dan nama didedahkan pada sesi pendengaran selepas 15 Oktober ini.
“Dalam tempoh itu (sehingga 15 Oktober) mereka diberi peluang untuk mengaku atau membuat ujian sampel B,” jelasnya.