Denmark main lebih baik – Forst Hansen

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen mengakui pasukan Denmark bermain lebih daripada skuad lelaki negara dalam aksi separuh akhir yang menyaksikan Malaysia tewas 2-3 di separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan, di sini, pagi tadi.

Kata Frost, Malaysia gagal mengambil kesempatan mendahului 2-0 hasil daripada kemenangan yang diperolehi Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong sebelum Iskandar Zulkarnain Zainuddin kepada kepada Hans Kristian Vittinghus 18-21, 18-21 walaupun mendahului pada set pertama.

“Faktor kekalahan bermula dalam perlawanan Iskandar yang gagal memanfaatkan kelebihannya mendahului perlawanan pada set pertama. Dia bermula dengan baik tetapi gagal mengekalkannya.

“Kekalahan kepada Denmark memang mengecewakan tetapi apa pun kami tewas kepada pasukan yang lebih baik biarpun mereka turun tanpa tiga perseorangan terbaik mereka (Jan O Jorgensen diketepikan kerana kecederaan),” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia gagal untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian dua tahun lalu di New Delhi, India apabila mara sehingga ke final sebelum tewas kepada Jepun 2-3.

Kini, kemarau kejuaraan selama 24 tahun skuad negara dalam saingan Piala Thomas berterusan dengan kali terakhir bergelar juara pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

Denmark akan membuat perhitungan dengan juara 13 kali, Indonesia pada aksi final, esok. Indonesia mara ke final selepas menyingkirkan Korea Selatan 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Related Articles