14
Pengasas Vida Beauty yang dikenali panggilan Dr Vida itu berkata, sebagai ahli perniagaan, beliau mementingkan produknya dapat dijual.
“Saya tidak nafikan (khabar angin). Saya seorang ahli perniagaan, saya nak apa yang saya jual (produk) berkesan dan membantu (pasukan).
“Tetapi kalau mereka tak tingkatkan prestasi, jualan saya pula menjunam macam mana saya hendak bayar (gaji),” katanya dalam sidang media malam tadi.
Beliau berkata demikian menjawab khabar angin yang tersebar dalam laman sosial mengatakan beliau akan menghentikan tajaan bernilai jutaan ringgit itu susulan prestasi terumbang-ambing skuad pantai timur itu dalam saingan musim ini.