16
Bintang Barcelona itu mengalami kecederaan terbabit pada aksi persahabatan menentang Honduras, pada 28 Mei lalu dan masih lagi dalam tempoh pemulihan.
Dia diketepikan pada aksi pembukaan Kumpulan D saingan Copa America Centenario, namun pengendali Argentina, Gerardo Martino optimis betapa Messi mampu kembali cergas menjelang aksi kedua menentang Panama, Jumaat ini.
Pemain berusia 28 tahun itu masih lagi tidak dapat menyertai latihan berkumpulan dan turut disertai pemain tengah Lazio, Lucas Biglia yang mengalami kecederaan hamstring, semalam. – Agensi