Chong Wei tewas di tangan Leverdez

Namun pemain beranking ke-38 dunia itu terpaksa bertungkus-lumus hampir sejam 17 minit untuk menidakkan kemaraan ikon badminton negara tersebut dengan mata 21-17, 20-22 dan 21-19.

Chong Wei sebelum ini pernah tiga kali menjuarai Terbuka Denmark iaitu pada 2005, 2006 dan 2012.

Hanya beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang masih meneruskan perjuangan Malaysia.

Mereka menewaskan beregu China Li Junhui/Liu Yuchen pada saingan suku akhir lewat malam tadi dan bakal bertemu beregu tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan iaitu Mathias Boe/Carsten Mogensen. – Bernama

Related Articles