Chong Wei hampiri status pemain nombor satu dunia

Kejayaan itu hadir selepas pemain nombor dua dunia berkenaan mengetepikan cabaran pemain China, Wang Zhengming dalam aksi suku akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Chong Wei yang menang set pertama 21-16 tidak perlu bermandi peluh pada set kedua apabila Zhengming menarik diri daripada perlawanan ketika dia ketinggalan 2-9.

Chong Wei akan menentang bintang muda Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa pada aksi separuh akhir esok.

Ihsan mara selepas menewaskan pemain England, Rajiv Ouseph 17-21, 21-12, 21-12. Jika muncul juara di Jakarta, Chong Wei akan kembali memegang status sebagai pemain nombor satu dunia selepas hilang status itu pada hujung 2014 susulan kes doping.

Related Articles