Bolt mahu pecah rekod 200m

Bolt mula turun ke trek pada Sabtu lalu untuk pusingan awal acara 100 meter.

Dia kini dalam usaha merangkul semua sembilan pingat emas dalam tiga temasya Olimpik berturut-turut selepas memenanginya di Beijing, China pada 2008 dan London pada 2012.

Pelari pecut ini mencecah usia 30 tahun pada malam upacara pembukaan Olimpik dan ketika sidang media semalam, Bolt sekali lagi menegaskan aksi di Rio bakal menjadi penampilan terakhirnya.

Setakat ini, rekod acara 200 meter miliknya masih kekal dengan catatan 19.19s, jadi dia mahu melakukan larian lebih pantas di bawah 19s. – AP

Related Articles