15
Kekalahan kepada pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 14-21, 12-21 dalam masa 45 minit menyaksikan hajat mereka memenangi pingat emas lebur.
Bagaimanapun, Peng Soon-Liu Ying tidak harus menangisi kekalahan itu kerana kemaraan ke final satu kejayaan besar dan melakar sejarah penting.
Ini kerana belum ada beregu campuran negara mampu melangkah sejauh itu, apatah lagi memenangi pingat di Olimpik.
Malah Peng Soon-Liu Ying sendiri gagal melepasi peringkat kumpulan di London 2012. –BH Online