15
Naib Presiden Kafa, Datuk Rosmadi Ismail berkata, ini kerana pemilihan kesemua jawatan eksekutif persatuan itu akan hanya diadakan empat tahun sekali.
“Artikel 33 statut persatuan itu telah menetapkan pemilihan jawatan eksekutif termasuk Presiden dan ahli majlis hanya diadakan dalam tempoh empat tahun.
“Pemilihan yang terakhir diadakan pada mesyuarat agung Kafa di Kelantan Trade Centre (KTC) pada Oktober 2014,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, pada Jumaat.