22
Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata, 70,000 tiket dewasa dijual pada harga RM50 sekeping manakala baki 2,000 tiket kanak-kanak pada harga RM5 sekeping.
“Setiap pasukan diperuntukkan 30,000 keping tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak, manakala baki 10,000 tiket dewasa dan 500 untuk kanak-kanak akan dijual secara dalam talian menerusi Ticket Hotline,” kata Kevin.
Ia adalah pertemuan ulangan final tahun lalu di mana Selangor muncul juara buat kali ke-33 selepas menundukkan Kedah 2-0.