Zila AF4 mengaku salah berkhalwat

Hakim Syarie, Azzeman Omar menjatuhkan hukuman itu selepas Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron dan Mohd. Khairul mengaku berkhalwat di unit apartmen beralamat A-15-2 Apartmen Jalil Damai, Jalan 14/155C Bandar Bukit Jalil di sini antara pukul 6.55 pagi dan 7.13 pagi, 13 Ogos lalu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Azzeman membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan daripada Mohd. Khairul dan Zila yang tidak diwakili peguam meminta mereka dihukum denda kerana masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

 

Related Articles